Penjelasan Sebenar Eina Azman Isu Dipukul Dan Ditendang Kerana Cantik!

Panas! Eina Azman tampil beri penjelasan sebenar isu dia di tendang dan dipukul kerana cantik yang ditulis oleh blogger semalam. Jom baca apa kata belliau.

Penjelasan Sebenar Eina Azman Isu Dipukul Dan Ditendang Kerana Cantik! - Terkejut juga kami masa mua-mula membaca artikel yang ditulis oleh sebuah blog hiburan mengenai kisah pelakon yang kini sedang popular dengan drama ‘Selamat Pengantin Madu’ ni dikatakan dipukul dan ditendang.
Dalam artikel tersebut, Eina dikatakan menjadi mangsa pukul pada zaman sekolahnya kerana kecantikan dan keseksiannya dicemburui. Ada pula macam tu ya?
Bagaimanapun, menerusi laman Instagramnya, Eina yang baru sahaja bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini menafikan pernah memberikan kenyataan sedemikian.
Screen Shot 2014-10-17 at 9.44.37 AM
Eina Azman dan suami semasa di majlis tayangan bersama peminat episod ke 11 Selamat Pengantin Madu
Salam semua… Eina cuma nak ckp eina Tak pernah buat statement ckp mcm tu… Kenapa lah ada je hamba Allah yang takde keje buat Cerita dan nak menjatuh kan orang??? Kepada #plbagaimacam.blogspot.com kalau anda nak jadi wartawan baik pergi belajar apa maksud etika wartawan dulu!!!
Don’t simply tulis about people yang boleh menyebab kan fitnah!!! Jangan sampai saya ambil tindakan dkt blog anda. Anda boles tulis apa pun dan saya tak marah cuma tlg lah tulis dengan cara yang betul iaitu dpt story yang betul2 dari saya bukan mereka reka Cerita. TQ
Namun, dek kerana sikap ingin tahu yang sangat tinggi, kami pun buat lah research sedikit sumber asalnya artikel tersebut diperolehi. Nak tahu apa yang kami jumpa tak?
eina azmanRupanya-rupanya kenyataan tersebut telah dikeluarkan di sebuah akhbar kira-kira 2 tahun yang lalu. Tapi, kami pun tidak pasti mengenai kesahihan fakta dalam artikel itu.
Tapi kalau org lain kata dia dipukul dan ditendang tu memang la tak betul, dia pernah cakap dicemburui, diugut, dibuli..takde plak dia cakap ditendang dan dipukul.. Segelintir oorang media ni kadang-kadang suka lebih-lebihkan statement dorang ikut imaginasi sendiri.
Takpelah Eina. Bila kontroversi sedemikian mula menimpa, itu maknanya nama anda sudah mula ‘naik’ dalam industri hiburan negara. Keep calm and stay cantik! Sumber: Ohbulan

0 Response to "Penjelasan Sebenar Eina Azman Isu Dipukul Dan Ditendang Kerana Cantik!"

Post a Comment